12 April 2011

Balik kampung Johor

Minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung suami di johor..wah sangat lama tak balik rasanya..hampir 3 bulan..walaupun bukan mak sendiri tapi saya rindu pada mak mertua saya..(dengan mak sendiri apatah lagi kan..lagi la rindu tahap gaban)..Adeel pun lama tak jumpe nenek dan atuk dia..sampai-sampai je nangis sebab maybe dah lama tak jumpa..dia lupa..lagipun dia dah kenal orang..dah lama-lama barulah nak senyum dan sengih..huhuhu

Alhamdulilah ayah dan mak mertua saya sihat walafiat..emak macam tu jugaklah..jalan tak berapa nak kuat..tapi yang penting sihat..balik sana tak dapat nak jenjalan sangat disebabkan ari ahad tu ade kenduri bacaan yassin..dari pagi memang sibuk kat dapur je..saya taklah sesibuk mana sbb sibuk dengan si tecit ni je..asik hilang dari dapur je..hihihi..mujurlah kakak2 ipar jenis yang tak kisah..masing2 dah tutup kilang..anak dah besar2..kakak2 iparku memang THE BEST la..seronok bila kumpul ramai-ramai..membuatkan saya terkenangkan adik beradik sendiri pulak..lame dah rasenya tak jumpa mak ayah ni..huwaa!!next week mahu balik KUALA PILAH pulak..rindu kg halaman..

Erm..nak kongsi sesuatu yang tak best..mak mertua berharap husband saya tinggal dan menetap di kampung atas alasan kakak ipar nak kahwin hujung tahun ni dan mengikut suami..berkali-kali dia buka cerita itu..dia mengharapkan saya minta tukar di sana..ye FAMA memang ada di sana..dan yang terhampir adalah rengit..husband pulak diminta cari kerja lain..yelah my husband bekerja di syarikat prasarana negara..dah tentunya takde kat sana..saya sangatlah menjadi serba salah..Mak mertua tanya nak tak tinggal di kampung..saya tak menjawab sebaliknya senyum je lah..serba salah saya dibuatnya..sangatlah banyak kontranya bile duduk sebumbung dengan mertua ni..tak sanggup saya walaupun mak mertua saya sangat baik orangnya..

Lalu masa on the way balik KL saya tanya husband..nak tukar keje kat kg ke??husband kata dia sukakan keje sekarang dan dia boleh naik lagi tinggi..senang hati saya mendengarnya..saya tak kisah kalau setiap bulan saya perlu mengambil cuti sehari untuk balik ke johor untuk menjenguk mereka tapi untuk tinggal sebumbung dengan mertua amat berat bagi saya..lagipun saya mahukan rumah yang dibeli hasil titik peluh bersama husband..bukan rumah milik mertua walaupun rumah itu akan diwarisi oleh husband saya..penting dirikah saya??terpulanglah pada siapa yang mengandaikan saya begitu.. aduhai si tecit ni meragam la pulak...sambung kemudian la....

2 comments:

  1. hai, sy dtg jln2 sini... huhu, klu sy, sy xsanggup tinggal sebumbung dgn mertua... lbh byk cons dr pro kan... wlupun sebaik mana mertua kita...

    ReplyDelete
  2. ashanas, tu la psl..mertua mmg baik tp untuk tinggal sebumbung mmg agak payah sikitkan...

    ReplyDelete