11 July 2012

Pengalaman Melahirkan ADEEL IFFAT..

Mengandung yang kedua ni rasa berbeza dengan yang pertama..naluri tu kuat merasakan baby girl..mana taknye, asyik nak melawa & nak melaram je..asik nak membeli baju pregnant yang cantek-cantek je..yang kaler pink2..ditambah lagi dengan bleedingnya dari 12minggu hingga 25minggu..bila scan baby tak nak tunjuk gender..sampailah detik2 nak melahirkan masih tak tahu gender baby..

Due date sepatutnya 15 July 2012..Tapi baby dah tak sabar nak tengok dunia..dia lahir awal 3minggu pada tarikh 25 June 2012 @ 37minggu 1hari..

Hari ahad 24 June 2012...bangun je tido pagi tu tengok ade keluar lendir coklat bercampur sedikit darah..tapi tiada rasa sakit. so confuse nak pergi hospital atau tidak..berbekalkan pengalaman melahirkan Adeel Hafiy hampir 2 tahun yang lepas, saya mengambil keputusan untuk tidak ke hospital selagi tiada rasa sakit yang kerap..kebetulan Adeel demam pula jadi saya dan suami membawa dia ke klinik dahulu..kemudian singgah di kedai runcit membeli bahan2 untuk dimasak pada tengahari itu..Tekak saya teringin sangat nak makan masak lemak cili api sardin + kacang panjang..makanya itulah lauk yang saya masak tengahari itu.

Sehingga petang masih lagi tiada rasa sakit..saya jadi keliru..ni nak bersalin ke tak ni..baby ni nak main2 mcm abang dia dulu ke..tak sanggup nak ke hospital lagi rasenye..makanye tunggulah dulu..Malam menjengah tiba..masih tak rasa contraction..sesekali adalah rasa perut memulas tapi tak sesakit mana..selesai solat maghrib en suami membaca yassin dan air bacaan yassin disapu pada perut saya dengan harapan saya dipermudahkan untuk bersalin..

Pukul 10.15 malam saya mula merasakan contraction..setiap 15minit terasa kesakitan melanda..tapi masih lagi boleh bertahan..saya sempat tidur tapi tak lah selena mana...contraction mula menjadi setiap 10 minit..saya masih lagi boleh bertahan..en suami hanya mampu menggosok belakang saya untuk mengurangkan kesakitan itu..lama kelamaan sakit itu bertukar kepada setiap 5minit..yang ini memang saya dah tak boleh tahan..lantas menelefon pengasuh Adeel untuk meminta tolong menjaga adeel..pengasuhnya memang dah berpesan sebelum ini kalau dah rasa nak bersalin telefon je dia untuk jagakan adeel..saya pula bersiap2 untuk ke hospital sementara suami menyediakan minuman untuk saya..tapi yelah dah sakit2 memang tak lalu dah nak menghabiskan minuman itu..

Lebih kurang pukul 4.30pg sampai di hospital..perkara pertama yang dilakukan nurse adalah membuat ctg..doklah terbaring atas katil berikatkan mende alah tu selama setengah jam..Alhamdulilah jantung baby ok dan tekanan darah juga ok..kemudian datang pula doktor untuk sesi seluk menyeluk..mujur doktor perempuan..rupe-rupenya bukaan serviks dah 6cm..huh terkejut doktor & nurse kerana kalau ikutkan bacaan pada ctg contraction saya tak berapa kuat kata doktor..suka hati dia je..kebetulan LR penuh jadi saya terpaksa bersedia di bilik pemeriksaan tersebut..kot-kot bersalin..

Dalam pukul 6.40pg saya dibawa ke dewan bersalin..saya ingat waktu tersebut kerana sampai-sampai di LR  saya terpandangkan jam...Setelah sejam bertarung kesakitan, alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, dengan dua kali teran saya selamat melahirkan ADEEL IFFAT BIN MOHD SHAHREEN pada 25 June 2012 pukul 7.49pagi seberat 2.82kg..kusangkakan gegurl..rupenye boboy jgk yang keluar..;)


Bersiaran Setelah Sekian Lama Bersawang dan Berlumut..

Time cuti panjang gini baru la ade hati nak menaip..sebenarnya nak menaip pengalaman bersalinkan adeel iffat..yelah dulu yg 1st ade tulis pengalaman..kesian plk kat si adik kalau takde cerita tentang dia..sekurang-kurangnya bila mereka dah pandai membaca nanti tahu jugak jerih payah mama melahirkan mereka ke dunia ini..biar mereka tahu menghargai wanita dalam hidup mereka...