30 October 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Alhamdulillah sejak saya suka2 memulakan bisnes dengan shaklee dan melakukan amalan menjemput rezeki ini terasa sangat rezeki tak putus-putus dari Allah..Subhanallah..terasa diri ini begitu kerdil dan hina disisiNYA..saya buat sedikit tapi Allah bagi tak putus-putus..
Kehidupan pula terasa lapang dan alhamdulilah terasa semua urusan dipermudahkanNYA...

Antara amalan menjemput rezeki :

*Bersyukur kepada Allah
*Utamakan beribadah
*Memperbanyakkan istighfar
*Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa
*Sentiasa mengingati Allah
*Berbakti dan mendoakan ibu bapa
*Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
*Menunaikan hajat orang lain
*Memperbanyakkan Selawat
*Buat kebajikan sebanyak mungkin
*Memulakan aktiviti harian seawal pagi
*Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
*Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
*Bersedekah dan infaq ke jalan Allah
*Mengamalkan solat tahajud 
*Mengamalkan solat sunat Dhuha
*Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
*Berdoa
*Berikhtiar sehabisnya
*Bertawakal kepada Allah




Rezeki ini bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja tapi dalam pelbagai bentuk..saya tak pandai nak menghuraikannya tapi cukuplah saya katakan sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..berdoalah dan merintihlah padaNYA selagi kita di beri kesempatan ini...Subhanallah Alhamdulilah AllahuAkbar!!

Adeel Hafiy yang manja dan gembeng..

marathon update entry terbaru..hihihi...maklumlah lame sgt dah tak update..
Anak sulung saya sgt manja..lagi manja dari adiknya iffat..kuat protes dan sgtlah tidak penyabar orangnya..ciri2 dia ada pada saya...huh mengikut betul dia..paling mencabar bile dia buat perangai kuat menjerit dan kuat menangis..kadangkala buat saya hilang sabar dengan perangainya..tapi saya faham dia jadi begitu disebabkan mahu menarik perhatian saya..maklumlah diusia setahun 8bulan dia dah mempunyai adik dimana mungkin dia rasa adiknya telah mengambil kasih sayang mama dan ayahnya dari dia..

Teringat saya ketika di hospital sesudah melahirkan adiknya iffat..mungkin dia terkedu ketika itu melihat ade org lain yg sedang menyusu dengan mamanya..langsung tak nak dengan saya..bila balik ke kg pun buat perangai..baling selipar pada adiknya..huh mmg menguji kesabaran saya ketika itu..tapi alhamdulilah lame2 dia faham yg dia dah ada seorang adik...bile same2 membesar saya dan suami jadi seronok melihat keletah mereka berdua..sudah pandai bermain bersama, bergaduh bersama..rasa seronok sgt bila Allah pinjamkan mereka berdua dalam hidup kami..

sejujurnya sgt susah nak ambik gambar budak sorang ni..
ikut rupe sape?mama atau ayah nya?
aksi adeel macam dah besar sgt je...huhuhu
sgt comel bile main bersama-sama adiknya..



semoga anak yg ini juga menjadi seorang abang yg akan menjaga adik2nya..bile di tanya mahu jadi ape dah besar nanti..jawabnya "adeel nak jadi doktor"
tak kisahlah nak nak jadi ape pun..tp biarlah menjadi seorang anak yg bertanggungjawab, berguna, membanggakan mama dan ayahmu ini serta menjadi hambaNYA yang soleh...amin

Setahun Lebih Tak Update Kottt....

Kali terakhir saye update blog adalah tahun lepas..ms cuti berpantang bersalinkan iffat..Sekarang dah setahun 4 bulan dah si iffat...dah jadi budak notty yg comel mcm abgnye...alhamdulilah syukur ke hadratNYA sy dipinjamkan adeel hafiy dan adeel iffat olehNYA..semoga Allah panjangkan umur saya dan suami untuk melihat anak2 membesar di depan mata..dan juga semoga Allah panjangkan usia anak2 saya itu..amin..

ini lah iffat yg comel dan notty ini...







kejap dah besar anak mama dan ayah...rasenya baru je terasa lagi melahirkanmu...semoga menjadi anak yang soleh, anak yg mendengar kata dan anak yang berjaya di dunia dan akhirat..si ensem dan si demuk mama ni..

Jom imbas kembali gambar2 iffat masa baru lahir..

gambar ini mase berumur 2hari
yg ini fresh from oven..sejam selepas dilahirkan..masih dalam LR ketika gambar ni diambil
dua kali warded due to jaundice
comel mr zorro mama ni...:)


okey cukup setakat ini...entry lepas ni lets story about adeel hafiy pula... :)