31 March 2011

Lamenya tak UPDATE!!!

Oh sgt lame blog saya ni tak update..hampir 5 bulan!! di tahun 2011 ni saya sudah berumur 30 tahun!!Alhamdulilah masih diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi Allah ini bersama insan-insan tersayang..saya pernah membayangkan jika umur saya tak panjang, adakah cukup amalan saya untuk di bawa ke SANA nanti..?? Adeel saya sudah berumur hampir 6 bulan..seminggu lagi genap 6 bulan..diri ini sangat bahagia dianugerahkan anak secomel adeel..sudah nampak bijak sekarang..perkembangan dia sudah pandai meniarap..sudah mula mengenal mama dan ayahnya..seorang bayi yang suka dan mudah tersenyum dengan orang lain.. Baru-baru ni saya terpaksa meninggalkan dia bersama ayahnya selama 4 hari atas sebab menghadiri kursus kewangan di Penang..oh sangatlah sengsara rasanya bila si anak tiada di sisi!!inilah kali pertama saya meninggalkan dia..segala mak nenek alat yg berhubung kait dengan pam susu saya bawak ke penang..alhamdulilah selama 4 hari saya berjaya mengumpul 40oz untuk anak tersayang..mungkin jumlah itu sangat sedikit bagi ibu-ibu yang susunya sangat meriah..tapi bagi saya jumlah itu sangatlah berharga..seronok melihat hasil perahan itu dan ianya akan menjadi stok untuk Adeel..saya akan menambah lagi sedikit demi sedikit setiap hari sehingga Adeel tak perlu lagi bergantung pada susu formula..semoga niat murni ini dimakbulkanNYA..amin. Baru-baru ini jugak di group KUMPULAN IBU MENYUSUKAN (FB) hangat memperkatakan tentang seorang ibu muda yang mengeluarkan statement "IBU YANG TIADA SUSU ADALAH CACAT" sangat menyentap jiwa saya..ya,memang dia di beri rezeki susu yang banyak tapi janganlah mengeluarkan statement sebegitu rupa hingga mengguris perasaan ibu-ibu yang tak mampu fully bf anak masing-masing..rezeki ni bila-bila masa DIA boleh tarik..jadi janganlah terlalu riak..akibat dari statement itu menyebabkan wujudnya fan membenci ibu tersebut..saya tidaklah "like" fan tersebut kerana bagi saya sangatlah tak elok untuk kita membenci ini..tapi hari ini bila saya membaca blognya, ibu muda tersebut telah meminta maaf di atas keterlanjurannya..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..itulah yang terpaksa dihadapi oleh ibu muda tersebut bila ramai yang mengecamnya.. Rasanya setakat ini je la cetusan rasa ni..saya sangat berharap yang saya dapat mengUPDATE setiap hari mulai hari ini...hehehe