08 April 2011

Adeel saye dah 6 bulan!!

Bile Adeel dah genap 6 bulan pada 07042011 saya harus memberinya makan...inilah saat yang saya tunggu-tunggu..ada di antara rakan-rakan saya yg menyuruh saya memberinya makan seawal 5 bulan..tapi saya tetap dengan pendirian saya untuk memberinya makan bile berumur 6 bulan..ini kerana sebelum berumur 6 bulan sistem penghadaman bayi adalah tidak matang lagi..dalam tempoh itu bayi hanya boleh menerima susu ibu atau susu formula sahaja.. Setelah banyak bertanya dan meng'gugel', saya telah memilih bubur kosong yang dicampur dengan SUSU IBU untuk dijadikan makanan solid yg pertama Adeel..Cara-cara membuat bubur ini adalah seperti berikut:



  1. Ambil satu pot kecik beras.


  2. basuh beras tersebut bersih-bersih.


  3. Kemudian tapis beras tersebut..biarkan sehingga airnya habis ditos (betulkah penggunaan bahasa melayu ku ini??)


  4. Sangai beras tersebut sehingga nampak sedikit kekuningan..sangai bermaksud menggoreng tanpa minyak ye..


  5. Biarkan beras tersebut sejuk dengan sendirinya..


  6. Kemudian blender beras tersebut sehingga hancur dan menjadi ala-ala seperti cereal tu..bau beras dah jadi serbuk ni memang best..hehehe


  7. Dah jadi serbuk tu, simpan dalam bekas kedap udara..


  8. Bila nak masak ambil la sesudu dua je sebab baby makan tak banyak lagi..


  9. Masak cam kite masak bubur biasa tu..biarkan kira-kira setengah jam hingga sejam..


  10. Angkat bubur dan tapis lagi sekali menggunakan penapis..perlu diingat makanan yang ingin di diberi pada kali pertama pada baby teksturnya haruslah HALUS dan CAIR sedikit..


  11. Last sekali saya tuangkan sedikit SUSU IBU yang telah diperah ke dalam bubur..YUMMY!!
Wah Adeel sangat bersungguh-sungguh bile disuapkan bubur tadi..suap je hilang..abes je bubur nangis..punyalah dia sangat2 nak makan..seronok tengok dia makan walaupun COMOT..hehehe..Anak mama makan banyak-banyak ye..nanti cepat besar dan bam-bam..

No comments:

Post a Comment