30 October 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Alhamdulillah sejak saya suka2 memulakan bisnes dengan shaklee dan melakukan amalan menjemput rezeki ini terasa sangat rezeki tak putus-putus dari Allah..Subhanallah..terasa diri ini begitu kerdil dan hina disisiNYA..saya buat sedikit tapi Allah bagi tak putus-putus..
Kehidupan pula terasa lapang dan alhamdulilah terasa semua urusan dipermudahkanNYA...

Antara amalan menjemput rezeki :

*Bersyukur kepada Allah
*Utamakan beribadah
*Memperbanyakkan istighfar
*Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa
*Sentiasa mengingati Allah
*Berbakti dan mendoakan ibu bapa
*Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
*Menunaikan hajat orang lain
*Memperbanyakkan Selawat
*Buat kebajikan sebanyak mungkin
*Memulakan aktiviti harian seawal pagi
*Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
*Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
*Bersedekah dan infaq ke jalan Allah
*Mengamalkan solat tahajud 
*Mengamalkan solat sunat Dhuha
*Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
*Berdoa
*Berikhtiar sehabisnya
*Bertawakal kepada Allah




Rezeki ini bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja tapi dalam pelbagai bentuk..saya tak pandai nak menghuraikannya tapi cukuplah saya katakan sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..berdoalah dan merintihlah padaNYA selagi kita di beri kesempatan ini...Subhanallah Alhamdulilah AllahuAkbar!!

No comments:

Post a Comment