30 October 2013

Adeel Hafiy yang manja dan gembeng..

marathon update entry terbaru..hihihi...maklumlah lame sgt dah tak update..
Anak sulung saya sgt manja..lagi manja dari adiknya iffat..kuat protes dan sgtlah tidak penyabar orangnya..ciri2 dia ada pada saya...huh mengikut betul dia..paling mencabar bile dia buat perangai kuat menjerit dan kuat menangis..kadangkala buat saya hilang sabar dengan perangainya..tapi saya faham dia jadi begitu disebabkan mahu menarik perhatian saya..maklumlah diusia setahun 8bulan dia dah mempunyai adik dimana mungkin dia rasa adiknya telah mengambil kasih sayang mama dan ayahnya dari dia..

Teringat saya ketika di hospital sesudah melahirkan adiknya iffat..mungkin dia terkedu ketika itu melihat ade org lain yg sedang menyusu dengan mamanya..langsung tak nak dengan saya..bila balik ke kg pun buat perangai..baling selipar pada adiknya..huh mmg menguji kesabaran saya ketika itu..tapi alhamdulilah lame2 dia faham yg dia dah ada seorang adik...bile same2 membesar saya dan suami jadi seronok melihat keletah mereka berdua..sudah pandai bermain bersama, bergaduh bersama..rasa seronok sgt bila Allah pinjamkan mereka berdua dalam hidup kami..

sejujurnya sgt susah nak ambik gambar budak sorang ni..
ikut rupe sape?mama atau ayah nya?
aksi adeel macam dah besar sgt je...huhuhu
sgt comel bile main bersama-sama adiknya..



semoga anak yg ini juga menjadi seorang abang yg akan menjaga adik2nya..bile di tanya mahu jadi ape dah besar nanti..jawabnya "adeel nak jadi doktor"
tak kisahlah nak nak jadi ape pun..tp biarlah menjadi seorang anak yg bertanggungjawab, berguna, membanggakan mama dan ayahmu ini serta menjadi hambaNYA yang soleh...amin

No comments:

Post a Comment